Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam wawancara bersama Presstv mengenai krisis penculikan biarawati di Syria, Gregory Lahham berkata, "Mereka yang menculik biarawati-biarawati ini kemudian mendakwa individu-individu itu bukanlah tebusan. Sekiranya mereka jujur, kenapa mereka tidak membebaskannya? Sebenarnya ini adalah strategi menghuru-harakan berbagai kawasan tidak stabil, dan yang menjadi sasaran mereka ialah penganut agama Kristian, gereja-gereja serta masjid-masjid.Uskup gereja Yunani rantau Sham mengutuk tindakan pengganas, penculikan manusia dan pembunuhan yang dilakukan Takfiri. Katanya, ""Takfiri hakikatnya sebuah golongan yang tidak menerima akidah orang lain dan tidak menghormati kepercayaan agama-agama lain sedikitpun. Kumpulan ini merupakan ancaman besar bagi bangsa Arab dan masyarakat Islam di Timur Tengah, termasuklah masyarakat Kristian di Barat.Gregory Lahham menambah, "Kita perlu berusaha merealisasikan persidangan Geneva II, namun untuk sampai kepada matlamat ini, pengiriman senjata ke Syria perlu dicegah."
12 Disember 2013 - 20:30
News ID: 488300
Uskuf besar gereja Yunani, menegaskan bahawa golongan Takfiri/Wahabi merupakan ancaman besar bagi masyarakat Islam dan berkata, "Takfiri hakikatnya sebuah golongan yang tidak menerima akidah orang lain dan tidak menghormati kepercayaan agama-agama lain sedikitpun."